Saturday, October 27, 2012

eid- adha 2012 ~ :')





Assalamualaikum ~ 

selamat petang , selamat minum petang , selamat rasa mengantok , selamat dan selamat lahh semuanya yeaa . 
okey masih tak terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ~ 
semoga raya kali ini akan terciptanya pengorbanan yang baik untuk masa depan anda semua yea :)
bila raya raya macam nie lahh memang selalu hati ini lagi syahdu , sayu , pilu semua ada lahh ~ 
berjujuran air mata aku dengar takbir , hati ini macam disiat-siat kerana aku terlalu rindukan arwah nenda .
masih segar di ingatan aku setiap kali hampir nak raya haji saja mesti arwah akan bercerita pada kami adik-beradik pengalaman beliau semasa menunaikan HAJI then lepas tu kami akan bertakbir bersama-sama arwah . setiap tahun itulah rutin kami . kami tak pernah jemu , malah kami lahh yang suruh cerita lagi lagi dan lagi . melalui penceritaan arwah tu , aku dapat rasakan yang arwah terlalu gembira saat beliau disana . tapi sekarang , saat ini . rutin seperti tiada lagi . yang hanya mampu aku lakukan adalah sedekahkan ayat suci AL-QURAN sahaja kepada arwah . OPAH , saya terlalu rindu opah =.="
menurut mama juga , arwah atuk noordin meninggal juga pada hari raya aidiladha . memang sangat sadis bila hilang orang-2 yang korang sayang . amat perit untuk terima hakikat ~ 
apa-apa pun aku tidak boleh terlalu meratapi , aku kena teruskan hidup dan tidak boleh terus mengalah sehingga sampai masanya nanti ALLAH jemput pulang . selagi belum saat itu tiba yang entah kita sendiri pun tidak mengetahuinya , aku cuba jadi yang terbaik , jadi muslimah yang terbaik ~ moga-2 . 
AMIN AMIN AMIN ~ :) 

okey lahh , tak tahu nak cerita apa lagi sebab hati jadi makin sedih . takut nanti empangan air mata melimpah pulak . okey semua Assalamualaikum ~ :)


p/s : pengorbanan yang aku akan lakukan ialah melepaskan orang yang aku sayang sebelum beliau sah menjadi yang HALAL untuk aku ~ 

No comments:

Post a Comment